|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata. -- suatumasa
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Portal Komuniti
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7
|
|
|
Dari Galeri
|
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
cikdira: 2 jam, 40 minit yang lalumama_aiza: 5 jam, 20 minit yang lalunamirah: 14 jam, 22 minit yang laludee_nadya: 17 jam, 52 minit yang laluaslamtaslim: 18 jam, 11 minit yang lalubintanghatee: 22 jam, 3 minit yang laluHanan: 1 hari, 2 jam, 35 minit yang laluayuabadi: 1 hari, 3 jam, 24 minit yang laluwan_balqissya: 1 hari, 17 jam, 13 minit yang laluIzzahalhafizah1412h: 1 hari, 23 jam, 21 minit yang laluazieazura: 2 hari yang laluqing_er: 2 hari yang lalukhaliena: 2 hari yang laluadiknurul: 3 hari yang laluummiyatie: 3 hari yang laluanakkuirdina: 5 hari yang laluSyifaaBk: 5 hari yang lalunurani: 5 hari yang lalunais: 5 hari yang lalunajlasalleh: 5 hari yang lalu
|
|
|
|
TEGAKKANLAH RUMAH TANGGA MUSLIM
|
|
 |
Posted on Rabu, 02 Jun 2004 @ 0:39:41oleh Hanan
|
|
|
adneen menulis Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah,
merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada
setiap Muslim lelaki dan wanita.
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak
kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga Muslim.
Individu Muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan
untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang
sahih dan teladan yang patut di ikuti.
Kita sangat memerlukan rumahtangga Muslim yang menjadi contoh
sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah
Muslim, keluarga Muslim mempunyai peranan yang penting di dalam
kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan
kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang
bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa
pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab
mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan
mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan
ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian
ataupun menjadikannya Majusi"
Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga,
tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah
sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan
karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu
Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit
mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.
1: Pemilihan:
Saudara Muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan
menyeru orang lain kepada Allah; wajib lah ke atas keduanya, masing-
masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk
menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam
untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami
isteri.
Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga
Muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara Muslim yang
sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang
beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini.
Menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan
dakwah. Sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi
perangsang dan tidak menghalanginya. Memelihara dirinya di waktu
ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk
anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.
Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut
menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali
seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam.
Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah.
Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah
dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah
berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas
dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita
kepada yang demikian dengan sabda baginda:
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan
kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama
supaya kamu berbahagia".
Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang
menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh
puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih
suami yang salih.
2: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:
Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu
mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan
rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah,
mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin
baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk,
pusaka usang jahiliah yang rosak.
Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat
Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan
yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya
perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di
Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala
sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-
lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan
itu adalah wajar.
Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana
dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita
bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga
akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi
perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa.
Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai
oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan
dan kehinaan.
Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam,
kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang
kita cita-citakan ke atas manusia.
3: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:
Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah
sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai
dengan ajaran Islam.
Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh
yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang
sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga
pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula
dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan
segala perhiasan rumahtangga.
Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari
perasaan takwa kepada Allah. kerana Allah lah yang mengurniakan
kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang
di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah
berfirman:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa
kasih dan sayang." (Ar-Rum: 21)
Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak,
akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.
4: Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada
Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan
hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap
kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada
Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada
untuk menolong kita beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang
merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat
kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat
kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai
Allah.
Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan
mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut
hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah.
Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran
dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga
dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing
dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah
kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam
pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih
sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat
Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:
" Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di
tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka
sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan
air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita
yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan
suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
5: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:
Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta
mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan
jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi
rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi
ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala
prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata,
tuduh menuduh dan ke pura-puraan. Kebahagiaan yang sedemikian rupa
tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan
mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib
dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia
berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya
hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun
beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap
isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu.
Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan
manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda
keduanya.
6: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:
Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar
kerjasama, di atas syura', tolong menolong, cinta mencintai, di
bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang
mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong
melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan
rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan
oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di
dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan
kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
`Dan para wanita mempunyai hak yang seambang dengan kewajipannya
menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu
tingkatan kelebihan daripada isterinya". (Al-Baqarah : 228)
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana
Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian
yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan
sebahagian dari harta mereka". (An-Nissa': 34)
Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan
pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan
syura di dalam batas-batas ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di
dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan
yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah
rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi
sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan
makanan yang dapat dimasak Walaupun demikian susahnya, rumahtangga
Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang
tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.
7: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah
Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul
amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin,
dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka
hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang
dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah
yang berfirman:
'Hai orang orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" (At Tahrim :
6)
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik
kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap
ahlinya".
Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan
itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan
apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi
perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang
anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran
Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.
8: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:
Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam
dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang
benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak
tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga
muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di
dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera
dan teliti.
Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya
terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat
bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam,
memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi
mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri
yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang
memuaskan dan menggembirakan suaminya.,
Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan
penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta'aala.
Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang
isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:
" Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah
kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik
sahaja".
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang
memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam
kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah
risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting
yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka
cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-
bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan
bangunan masyarakat.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri
Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan.
Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu
bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab adab
Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan
sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan
silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan
menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan
keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah
terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan
khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan
berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan
sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan
sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.
Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik
sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di
dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran
sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan
yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang
Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia,
sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di
waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah,
adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.
Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru
manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan
sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina
anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang
jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam
memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah
lagi rumahtangga orang lain.
9: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti
menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil
baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru
rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh
kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.
Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan
dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang
dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu
dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.
Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang
menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di
kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali
yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh
musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia.
Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang
turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan
yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil
menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.
Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang
memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan
sesat di sekitarnya. lah menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan
di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka.
Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung
menyambunglah daerah-daerah nun dan cahaya dan bercantum di antara
satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.
Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari
masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu
kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan.
Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang
mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan
seterusnya a]-khilafah-al- Islamiah alamiah.
Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut
bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim
yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi
contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang
penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari
Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.
Wabillah hi taufik-wal-hidayah.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
|
Komen