Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-05-2013  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Barangsiapa mengambil serakah sebagai kebiasaan, ia menurunkan harga dirinya sendiri, barangsiapa membeberkan kesukaran –kesukarannya, ia menyetujui penghinaan, dan barangsiapa memperkenankan lidahnya menguasai jiwa, ia akan mengaibkan jiwanya
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: kakpb
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13618

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 1
Ahli: 0
Jumlah: 1




  Dari Galeri
salam ukhwah..ana la lamyanunalif_mursyidah..lina mursyidah..

  Yang Masuk Ke Sini
AinKaoruWong: 3 hari yang lalu
kakpb: 3 hari yang lalu
nur_zuerya: 4 hari yang lalu
crysT2ll: 5 hari yang lalu
adikmanis: 5 hari yang lalu
along_85: 9 hari yang lalu
umminor78: 10 hari yang lalu
ummusoleh: 10 hari yang lalu
ellia: 15 hari yang lalu
elizebeth: 16 hari yang lalu
norma2907: 24 hari yang lalu
mai_sumayyah: 24 hari yang lalu
hikmah: 27 hari yang lalu
siti2u: 27 hari yang lalu
imanina: 28 hari yang lalu
ummimq: 29 hari yang lalu
nurmariah99: 30 hari yang lalu
haina: 32 hari yang lalu
HANAN NETWORK
  • ETIKA MUSLIMAH

    1. Muslimah hendaklah menggunakan nama yang sopan, baik dan melambangkan keperibadian muslimah. Muslimah dilarang sama sekali menggunakan nama yang membawa maksud yang tidak baik.

    2. Muslimah hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga nama baik Portal Muslimah di dalam dan luar Portal Muslimah.

    3. Muslimah juga hendaklah memberikan komitmen kepada aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak Portal Muslimah atau dari kalangan muslimah sendiri.

    4. Muslimah dilarang sama sekali untuk mendaftar menggunakan pelbagai ‘nickname’. Gunakan hanya satu nama sahaja di dalam Portal Muslimah ini.

    5. Hanya muslimah sahaja yang boleh mendaftar di dalam Portal Muslimah in. Muslimin yang dapat dikenal pasti menyamar akan dibuang kemuslimahan serta merta.

     

     ETIKA FORUM

    1. Muslimah hendaklah menggunakan bahasa yang baik dan sopan santun. Penggunaan bahasa yang kasar dan keras seperti ‘gua’ dan ‘lu’  'aku' 'kau' adalah tidak dibenarkan. Bahasa chat, IRC, SMS juga tidak dibenarkan sama sekali.

    2. Perbincangan hendaklah berada dalam keadaan aman, damai, dan harmonis agar mencapai kata sepakat dari perbincangan bukan untuk menghentam atau memalukan mana-mana pihak. Perbincangan yang terlalu agresif akan dikunci untuk kebaikan muslimah.

    3. Perbincangan mengenai politik hendaklah global dan tidak mengena mana-mana parti.

    4. Pastikan topik yang hendak dihantar belum dibincangkan lagi. Sekiranya sudah ada, muslimah hendaklah menyambung perbincangan tersebut sahaja. Topik yang sudah dikunci adalah dilarang untuk dibuka semula melainkan dengan budi bicara pihak pengurusan.

    5. Pastikan topik yang dibincangkan mempunyai mesej yang hendak disampaikan bukan sekadar mengejar juara carta sahaja.

    6. Iklan jualan adalah dilarang sama di forum kecuali barang yang telah mendapat keizinan pihak Portal Muslimah.

    7. Setiap program yang diiklankan atau dibincangkan di dalam Portal Muslimah hendaklah dijalankan bersama dengan Portal Muslimah Muslimah atau sekurang-kurangnya mempromosikan Portal Muslimah Muslimah.

    8. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kenyataan atau perbincangan muslimah

     

     ETIKA SUPERMARKET DAN JUALAN

    1. Hanya muslimah yang berdaftar sahaja yang boleh berurusniaga di dalam Portal Muslimah

    2. Setiap barang yang hendak diiklankan hendaklah melalui pihak pengurusan Portal Muslimah.

    3. Hantarkan maklumat berikut kepada pihak pengurusan

      • Jenis produk

      • Harga jual

      • Harga kos

      • Keterangan ringkas produk

    4. Muslimah yang hendak menggunakan nama hanan.com.my atau Portal Muslimah Muslimah dalam sebarang jualan atau menjual barang kepada muslimah Portal Muslimah hendaklah melalui pihak pengurusan Portal Muslimah.

    5. Pihak pengurusan akan mengambil 10%-20% dari harga produk tersebut.

     

     ETIKA ARTIKEL

    1. Artikel tidak terlalu panjang. Sekiranya panjang, ringkaskan. Tetapi, jika kisah tersebut sememangnya menarik dan tidak dapat diringkaskan, edit artikel terbabit sebaiknya bagi memudahkan pihak Portal Muslimah.

    2. Jangan pula menghantar artikel yang terlalu pendek. Sekiranya terlalu pendek, lebih sesuai diletakkan di ruangan forum.

    3. Sekiranya artikel tersebut mempunyai ruangan di forum, sila hantarkan ke forum sahaja.

    4. Pastikan ejaan dalam teks adalah tepat. Sekiranya salah satu dua, insyaAllah akan diperbaiki. Tetapi, seboleh-bolehnya semak ejaan dahulu sebelum dihantar.

    5. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak bahasa-bahasa ringkas ataupun singkatan seperti "org2" dan lain-lain. Kaedah penulisan sebegini akan mencemari gaya dan kualiti suatu artikel. Untuk menarik perhatian pembaca, keadaan yang ditampilkan amat penting.

    6. Gunakan BBCode yang sesuai untuk memastikan artikel lebih menarik. Antara BBCode yang boleh digunakan :

      • bold

      • italic

      • underlined
        (Sekiranya ingin mengetahui kod terbabit, boleh PM kepada pihak atasan)

    Dengan adanya BBCode ini, boleh digunakan sebagai penegasan, subtopik dan lain-lain.

    1. Pastikan perenggan atau susunan baris dalam keadaan teratur. Tidak mahu tunggang terbalik. Seimbangkan perenggan atau jarak bagi mengelakkan kekeliruan pembaca.

    2. Sekiranya artikel terbabit berkaitan dengan hal-ehwal agama, semak dahulu sumber artikel terbabit, samada sahih atau tidak. Semak hadith² dan ayat² Quran yang ditampilkan. Dikhuatiri artikel yang dihantar wujud cacat cela dari sudut pengisian.

    3. Sebaiknya, jangan lupa untuk meletakkan sumber, rujukan atau asal artikel terbabit sekiranya artikel itu dipetik dari mana² pihak.
      Sekiranya artikel diambil dari e-mail, tolong edit seelok-eloknya. Jangan terus hantar tanpa sebarang pengubahsuaian.

     

     ETIKA WEBLINK

    1. Web yang mengandungi unsur-unsur keliru atau bercanggah dengan agama tidak dibenarkan

    2. Web yang mengandungi gambar-gambar lucah dan kurang sopan juga adalah dilarang

     

     ETIKA GALERI

    1. Hanya gambar muslimah yang aktif sahaja yang akan disiarkan

    2. Setiap muslimah hanya boleh menghantar satu gambar sahaja

    3. Gambar hendaklah dalam keadaan sopan dan menutup aurat

    4. Gambar hendaklah tidak melebihi 100 K

    5. Gambar hendaklah menggunakan format gif, jpeg, bmp

     

    # Diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam mematuhi peraturan dan etika yang telah digariskan. Bersama kita menjaga keharmonian Portal Muslimah.

  • [email protected]

     

     

     

     



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.05595 saat. Lajunya....