| Oleh |
kesedaran,penyesalan dan keinsafan |
|
me_1ce
WARGA RASMI Menyertai: 18.06.2009 Ahli No: 10790
Posting: 2
|
Posting pada: 01-02-10 11:33
 buat semua. saya rasa bertuah bila menjumpai laman ni. Di masa keadaan saya yang tidak keruan kerana masalah rumahtangga, saya semacam diberi petunjuk jalan untuk melayari laman ini. terlalu banyak yang dapat saya pelajari dan pengajaran yang diperolehi . Hampir setahun saya menghadapi krisis yang jika dikaji selidik adalah berpunca dari kecuaian kelalaian saya sendiri . Alhamdulillah sedikit-demi sedikit saya dapat mengatasinya . Saya tahu "nobody perfect" dan tanpa kesilapan serta musibah yang menimpa , kita tidak akan sedari yang selama ini kita telah melakukan banyak kesilapan dalam diri sendiri dan keluarga. Kini saya telah cuba untuk berubah dan berazam untuk menjadi muslimah yang beriman dan bertakwa serta yang terutama sekali menjadi isteri yang solehah kerana isteri yang solehah adalah jaminan Allah ke surga yang dia sukai.Saya tak berhenti-henti berdoa dan bersabar dengan kerenah suami yang tidak mahu lagi menerima saya sebagai seorang isteri kerana hatinya cukup terluka diatas pertuturan dan perbuatan saya terhadapnya. Perkahwinan kami hanya sekadar nama dikertas bak kata lain serumah tetapi tak sebilik.Hampir setahun saya menangis menyesal dan insaf di atas kesilapan yang telah saya lakuakan tanya disedari dan saya bertaubat. Dan saya yakin ada hikmah di atas segala yang terjadi. Saya tetap bersabar ,mudah-mudahan suatu hari akan terbuka hatinya untuk menerima saya kembali dalam hidupnya.Terima kasih dan syukur kepada Allah . Doakan kami...salam.
|
|
yati_iqt
WARGA RASMI Menyertai: 25.01.2010 Ahli No: 11854
Posting: 1
Dari: K.Terengganu
|
Posting pada: 01-02-10 12:37
 .... Dalam hidup insan yang beriman akan sentiasa dijanjikan ujian kerana itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita... Alhamdulillah Allah telah campakkan hidayah kesedaran pada diri anda kini... mudah-mudahan ia akan berkekalan... Cuma, masalah suami tu, banyakkn solat hajat.. mudah-mudahan Allah permudahkan...berusahalan untuk memohon kemaafan diriNya kerana syurga isteri pada suami... ----------------- "Yang terindah hanya cinta-Nya"
|
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 417
Dari: on the earth
|
Posting pada: 01-02-10 20:53
alhamdulillah masih diberi peluang untuk sedar dan berubah. tak ramai org yang diberi kesedaran macam ni. bukan mudah nak jadi isteri solehah kan. tak apa,usaha kena ada.
|
|
zahrahpermata
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 10.09.2009 Ahli No: 11347
Posting: 37
Dari: perak
|
Posting pada: 02-02-10 12:06
assalamualaikum.. alhamdulillah me ice dah ada kesedaran dan keinsafan...masih belum terlambat lagi..hidup berumah tangga ni banyak cabarannya..selamat berjuang k.. ----------------- 
|
|
me_1ce
WARGA RASMI Menyertai: 18.06.2009 Ahli No: 10790
Posting: 2
|
Posting pada: 03-02-10 08:01
 buat semua muslimah yang dikasihi. Terima kasih kepada semua yang memberi dorongan dan semangat untuk saya meneruskan hidup dengan tenang dan menerima segala yang mendatang sebagai satu cabaran dan ujian Allah untuk menguji keimanan. Melalui artikel " Percayalah sesungguhnya Allah menyayangimu" membangkitkan semangat saya untuk bangun dari kesedihan kerana ia adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita. Saya tak pernah jemu berdoa mohon rahmat dari Allah dan saya yakin bukan saya seorang saja yang mengalami ujian sebegini malah ada ramai lagi yang lebih teruk dari saya alami. Dan ketahuilah saya amat menyayangi suami kerana dia seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan sanggup buat apa saja hingga mengabaikan kepentingan diri sendiri.Memang sukar jumpa seorang suami yang baik sebegini tapi disebabkan kecuaian dan terlepas pandang saya tentang kebaikannya membuatkannya kecewa. Bila datang ujian ini barulah saya menyedari betapa pentingnya menghargai seorang suami. Buat semua, hargai suami anda seikhlas hati walaupun pemberian atau pengorbanannya tidak seperti yang kita harapkan. Laman ni bagus kerana semuanya memberi nasihat yang positif bukan mengkritik. Terima kasih semua kerana saya tiada siapa2 untuk saya mengadu dan disinilah tempat saya meluahkan perasaan selain Allah. Terima kasih semua, saya akan teruskan perjuangan saya untuk berubah/berhijrah untuk menjadi muslimah yang solehah kerana saya ingin masuk surga dan amat takut siksaan Allah.
|
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1556
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 03-02-10 11:21
Didoakan semoga dapat membina kembali rumahtangga saudari. Berusahalah memujuk suami. Moga akan berbahagia InsyaAllah selepas ini. ----------------- 
|