Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-02-2010  

  Mutiara Kata
Pengetahuan adalah harta yang patut dimuliakan, perilaku baik adalah busana baru, dan fikiran adalah cermin yang jernih
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal
Terkini: Liyana_
Hari Ini: 3
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 11833

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 4
Ahli: 0
Jumlah: 4




  Dari Galeri
Bersama facilitator KRIS.. Terima kasih atas jasa kalian..

  Yang Masuk Ke Sini
cta_zie: 24 minit yang lalu
Qamarina: 30 minit yang lalu
sayang_semuanya: 36 minit yang lalu
maisarahlisa: 3 jam, 12 minit yang lalu
nurani: 3 jam, 35 minit yang lalu
puteri_muslimah: 5 jam, 10 minit yang lalu
Hanan: 5 jam, 20 minit yang lalu
limah: 5 jam, 59 minit yang lalu
mai81: 6 jam, 55 minit yang lalu
ctputrie: 8 jam, 39 minit yang lalu
me_1ce: 11 jam, 9 minit yang lalu
khairani82: 11 jam, 46 minit yang lalu
SatuPerjuangan2009: 12 jam, 25 minit yang lalu
nur_indah: 19 jam, 46 minit yang lalu
nur_kamar: 23 jam, 45 minit yang lalu
sharifah_hakma: 1 hari, 5 jam, 17 minit yang lalu
diniey: 1 hari, 6 jam, 53 minit yang lalu
AyaTuL_HusNa: 1 hari, 19 jam, 34 minit yang lalu
myway: 2 hari yang lalu
hanku: 2 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: 19 HADITH MENGENAI WANITA


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» 19 HADITH MENGENAI WANITA

Please Mendaftar To Post


Oleh 19 HADITH MENGENAI WANITA

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 613
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 21:40


السلام عليكم

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah .a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


wanita adalah makhluk Allah yang amat disayangi olehNya..
jadilah wanita solehah di dunia dan akhirat InsyaAllah...(pesenan untuk diri sendiri juga)

Wanita Solehah Impian semua Muslimah :-)


-----------------
Success Through Endeavour ;





  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 524
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-01-09 13:42


banyaknya jalan wanita nak masuk syurga.. patutnya kita bersyukur dengan kejadian fitrah wanita.. beruntungnya jadi wanita.. moga kita jadi wanita solehah.. sama-sama kita doakan.. :bunga:


-----------------







  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 127
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 14-04-09 14:41


sebab 2, wanita lebih senang masuk ke syurga... tapi, selalu sangat di persia siakan... semoga kita lebih bertkwa lagi...
terima kasih 4 d info... memang sangat berguna


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

umaira_afifah
WARGA RASMI
Menyertai: 31.03.2009
Ahli No: 10302
Posting: 6
Dari: Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-04-09 22:36


Ya Allah...Bangga nya menjadi seorang wanita..




  Member Information For umaira_afifahProfil   Hantar PM kepada umaira_afifah   Quote dan BalasQuote

dee_nadya
WARGA RASMI
Menyertai: 01.04.2009
Ahli No: 10306
Posting: 18
Dari: subang jaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-09 09:15


YA ALLAH.. sungguh besar pengiktirafan wanita dalam islam... alhamdulillah...
wanita..senang masuk syurga..senang jugak masuk neraka...
berwaspadalah kita


-----------------
luaran tidak mencerminkan hati yang sebenar..




  Member Information For dee_nadyaProfil   Hantar PM kepada dee_nadya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.150008 saat. Lajunya....