Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2014  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: cahayaadah
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 13688

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 1
Ahli: 0
Jumlah: 1




  Dari Galeri
Berendam selepas Subuh.. hehe

  Yang Masuk Ke Sini
AinKaoruWong: 6 jam, 51 minit yang lalu
cahayaadah: 15 jam, 39 minit yang lalu
aishahasanah: 1 hari, 20 jam, 26 minit yang lalu
maisarah05: 6 hari yang lalu
Heaven: 8 hari yang lalu
Trieccia: 12 hari yang lalu
asnitha: 16 hari yang lalu
nurul2k: 18 hari yang lalu
fit: 22 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Kesihatan anak: Tiga sebab boleh berlakunya sumbing bibir


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Kesihatan anak: Tiga sebab boleh berlakunya sumbing bibir

Please Mendaftar To Post


Oleh Kesihatan anak: Tiga sebab boleh berlakunya sumbing bibir

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-11-03 10:51


Oleh Raihanah Abdullah


SEORANG daripada 900 bayi yang dilahirkan di Malaysia mengalami masalah sumbing bibir dan lelangit. Ibu bapa yang dikurniakan anak bermasalah itu pastinya akan berasa sedih dan bimbang mengenai masa depan anak mereka

Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, sumbing bibir dan lelangit dikatakan kenan. Namun, hakikatnya, mereka yang mempunyai anak bermasalah itu tidak seharusnya berasa gusar kerana rawatan segera dan sempurna mampu mengatasi kekurangan itu.

Pakar Rekonstruktif dan Perunding Plastik di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Abdul Jalil Jidon, berkata sumbing bibir dan lelangit lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat Melayu serta Cina.

Beliau berkata, rawatan terhadap masalah sumbing bibir dan lelangit di kalangan kanak-kanak boleh dimulakan sejak mereka berusia tiga bulan lagi dan ibu bapa tidak perlu berasa risau terhadap masalah dihadapi itu.

Katanya, sumbing bibir dan lelangit boleh dibahagi kepada dua, iaitu `unilateral' (sebelah bibir) dan `bilateral' (kedua-dua belah).

Bagaimanapun, katanya, sumbing bibir dan lelangit sebelah kanan lebih kerap berlaku berbanding sumbing bibir dan lelangit kedua-dua belah.

Selain sumbing bibir dan lelangit, keadaan muka yang senget iaitu dari bawah mata hingga bawah bibir juga kadangkala berlaku di kalangan bayi, tetapi kes seumpama itu jarang ditemui.

Apakah punca sumbing bibir dan lelangit?


Keturunan.

Jika ibu bapa mengalami sumbing bibir dan lelangit, anak pertama yang bakal dilahirkan berisiko di antara lima peratus dan 10 peratus untuk mengalami keadaan yang sama. Risiko anak kedua mengalami keadaan itu menjadi lebih tinggi.


Perkahwinan dengan saudara terdekat, terutama jika mempunyai masalah sumbing bibir dan lelangit.


Sumbing bibir dan lelangit juga boleh berlaku apabila dalam tiga bulan pertama proses kehamilan, wujud masalah berikut, seperti:


Terdedah kepada pancaran radiasi.


Pendarahan.


Mengambil ubat-ubatan yang dipercayai mempunyai steroid.


Mengambil terlalu banyak vitamin C.


Jangkitan kuman pada saluran peranakan.

Apakah masalah yang dihadapi kanak-kanak sumbing bibir dan lelalangit?


Ketrampilan


Penyusuan


Pertuturan

Dr Abdul Jalil berkata, kanak-kanak sumbing bibir dan lelangit selalu mengalami masalah apabila menyusu kerana mereka lebih banyak menyedut angin daripada menghisap susu dan keadaan ini melewatkan penyusuan.

“Kanak-kanak sumbing bibir dan lelangit juga lebih kerap sendawa dan sengau. Kanak-kanak ini selalunya mengalami masalah pertuturan dan lebih baik jika rawatan diberikan sebelum berusia satu setengah tahun”, katanya.

Beliau berkata, kelewatan merawat kanak-kanak terbabit boleh menyebabkan mereka malu dan rendah diri apabila memasuki sekolah.

Selain itu, kanak-kanak sumbing bibir dan lelangit biasanya mempunyai penyakit lain seperti jantung berlubang, mempunyai enam jari dan telinga berair.

Apakah rawatan untuk sumbing bibir dan lelangit?

Rawatan untuk sumbing bibir boleh dijalankan ketika kanak-kanak itu berusia tiga bulan ke atas manakala sumbing lelangit sewaktu berusia di antara sembilan bulan dan satu setengah tahun.

Jika rawatan lewat diberikan, kanak-kanak itu boleh mengalami masalah pertuturan dan dikhuatiri akan kekal sengau.

Namun, rawatan terapi pertuturan boleh dijalankan untuk memperbaiki sebutan percakapan mereka.

Ketika kanak-kanak berusia tiga atau empat tahun, hidung mereka yang senget akan dibetulkan dan sewaktu berumur lapan tahun, gusi pula diperbaiki.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke doktor gigi ketika berusia 11 atau 12 tahun untuk membolehkan gigi palsu ditampal dan sebelum berumur 15 tahun, hidung pesakit dibetulkan sekali lagi supaya nampak lebih normal

sumber : bharian.com.my

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-03 10:19




Alhamdulillah kita sempurne walau tak sesempurna mana

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-11-03 12:12



betul tu.. banyak yang kita perlu syukurkan..
terutama kaum hawa ni mudah membanding2kan kecantikannya dengan wanita lain.. sedangkan ramai lagi yang serba kekurangan..

marilah kita mensyukuri kejadikan kita ini..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.070702 saat. Lajunya....