Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-09-2014  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tak kiralah berapa kali anda jatuh; yang penting ialah berapa kali anda boleh bangun kembali selepas jatuh.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: azra_imani88
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 13714

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 1
Ahli: 0
Jumlah: 1




  Dari Galeri
para peserta muslimah pd mlm JK KRIS...

  Yang Masuk Ke Sini
AinKaoruWong: 22 jam, 48 minit yang lalu
lela1966: 11 hari yang lalu
nishanor: 16 hari yang lalu
Landlaj23: 22 hari yang lalu
fmyjb: 23 hari yang lalu
linanadirah: 27 hari yang lalu
MaizaAkma: 27 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Jangkitan kuman punca keputihan berlebihan...Siri (23)


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Jangkitan kuman punca keputihan berlebihan...Siri (23)

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangkitan kuman punca keputihan berlebihan...Siri (23)

si_comel
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-08-05 18:30


KEPUTIHAN masalah biasa yang dihadapi wanita. Namun, sebanyak manapun maklumat dan penerangan yang diberi, wanita yang menghadapi masalah itu sering mengambil jalan mudah untuk bertemu doktor sebaliknya mengamalkan petua-petua tradisi atau membasuh kemaluan dengan bahan pencuci kimia yang banyak terdapat di pasaran.



Keputihan sebenarnya bukan satu masalah yang serius jika ia meleleh dalam kadar yang sedikit, normal iaitu tidak berbau dan biasanya hanya merembes pada waktu tertentu seperti beberapa minggu sebelum datang bulan atau beberapa hari selepas habis datang bulan.

Bagaimanapun, keputihan boleh dikategorikan sebagai serius apabila bertambah jumlahnya, mula berbau dan kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar. Keputihan juga mungkin akan berketul-ketul, beku seperti keju.

Ada juga kes apabila hampir tarikh didatangi haid, ia akan berubah warna menjadi hitam.

Mengupas isu ini, pakar perbidanan dari Ismail Thamby berkata lelehan yang keluar dari salur reproduktif wanita dewasa yang produktif ialah lelehan semula jadi yang dihasilkan oleh pepundi dari salur reproduktif.

“Kuantitinya berbeza setiap hari mengikut putaran haid wanita justeru ia akan merembes dengan lebih banyak pada waktu subur wanita. Pada masa itu akan berlaku pengeluaran cecair serta lendir semacam putih telur yang masak,” katanya.

Lelehan ini katanya datang salur reproduktif wanita yang boleh juga terjadi dalam keadaan ia terdedah kepada bahan kimia seperti bahan pembersih alat sulit atau minyak wangi atau mungkin juga panty liner yang kadang kala mengandungi bahan penyerap kimia.

Begitupun, jangkitan kuman dan kulat juga boleh mengakibatkan pengeluaran keputihan yang berlebihan dengan simptom sampingan seperti kegatalan dan kepedihan selain keputihan yang bertukar warna dan berbau.

Apa sebenarnya punca jangkitan ini ? Ia terjadi akibat pencemaran seperti najis yang mengandungi kulat dan kuman bakteria yang terdapat dalam najis.

Kuman ini kemudiannya terseret ke anggota sulit pesakit sewaktu mereka membersihkan anggota sulit atau mungkin berjangkit melalui air kencing yang mengandungi kuman dan kulat.

“Kebiasaannya salur reproduktif wanita mengandungi kuman pelindung yang dikenali sebagai Doderlin Bacillus .

“ Ia menghasilkan asid laktik yang menjadikan faraj berasid dan tidak sesuai untuk kuman atau kulat dari luar,” kata dari Ismail.

Bagaimanapun, apabila kawalan kuman semula jadi faraj menghilang disebabkan penggunaan bahan membersih yang bertindak secara langsung membunuh kuman semula jadi dalam faraj.

Kadang-kala mengambil antibiotik untuk jangka masa yang panjang juga akan membunuh kuman semula jadi.

Dalam situasi ini kuman dan kulat mudah membiak dan memberi kesan negatif kepada pesakit.

Keputihan yang merembes dalam bentuk ketulan atau kepingan tisu putih pula terjadi akibat jangkitan kulat.

Jika jangkitan ketara, salur reproduktif akan mengalami keradangan dan termasuk juga lapisan endometrium dan perubahan yang luarbiasa kepada darah haid.

Jika ini berlaku, pesakit perlu dapat rawatan dan perlu jumpa doktor.

Jika kulit anggota sulit mula melecit, kemungkinan kuman berbahaya akan dapat memasuki anggota sulit.


Bookmark and Share




  Member Information For si_comelProfil   Hantar PM kepada si_comel   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.066871 saat. Lajunya....