Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-08-2014  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Fihifzillah
Hari Ini: 1
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13712

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 1
Ahli: 0
Jumlah: 1




  Dari Galeri
assalamualaikum.....

  Yang Masuk Ke Sini
AinKaoruWong: 1 hari, 23 jam, 11 minit yang lalu
Landlaj23: 5 hari yang lalu
fmyjb: 6 hari yang lalu
linanadirah: 10 hari yang lalu
MaizaAkma: 10 hari yang lalu
ilahfazilah: 18 hari yang lalu
awazwa: 25 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Putus Haid


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Putus Haid

Please Mendaftar To Post


Oleh Putus Haid

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 18:14


PUTUS HAID/Menopause


Pada usia berapakah putus haid itu akan berlaku?

Purata wanita biasanya mencapai peringkat putus haid pada umur antara 48 hingga 52 tahun. Walau demikian ada juga wanita mencapai peringkat putus haid ini lebih cepat atau lebih lambat daripada biasa. Putus haid sebelum umur 40 tahun dianggap sebagai ‘Premature menopause’ dan ini sering disebabkan oleh penyakit pada kilang ovari menyebabkan ia tidak bermaya mengeluarkan hormon oestrogen. Kelewatan putus haid iaitu melebihi umur 55 tahun mungkin menandakan penyakit tumbuhan pada rahim seperti fibroid atau kanser.

Kenapakah putus haid ini akan berlaku pada tiap tiap wanita?
Putus haid berlaku kerana kilang ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen. Hormon ini adalah satu daripada hormon wanita yang melahirkan sifat-sifat kewanitaan, kesuburan dan juga mengawal pusingan haid wanita setiap bulan. Apabila usia meningkat ke peringkat putus haid, kilang ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen dan ekoran dari ini pusingan terhenti. Putus haid adalah salah satu daripada beberapa banyak perubahan yang akan dialami apabila kilang ovari tidak lagi berfungsi.

Apakah kesan emosi wanita yang putus haid?
Hormon estrogen boleh dianggap sebagai bahan penyeri kepada paras wanita. Ia juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita. Ekoran dari ketandusan hormon estrogen berbagai masalah jiwa dan emosi seperti kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka menjadi sangat sensitif dan mudah merajuk. Selera mereka dan tidur mereka mudah terganggu. Mereka sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang mereka dibuat menjadi serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila bersendirian.

Dari segi jasmaninya apa pula perubahan?
Keadaan jasmani juga akan terjejas akibat kemerosotan hormon dalam tubuh. Salah satu daripadanya ialah rasa panas badan dan mudah berpeluh atau dipanggil hot flashes. rasa panas badan ini datangnya dari dalam badan menyebabkan ia berpeluh dengan banyak. Ia merasa tidak selesa dan masa tidur malamnya terganggu. rasa panas badan ini datang beberapa minit dan kadang-kala berulang-ulang beberapa kali.Kadang-kala penggunaan kipas angin atau alat penghawa dingin tidak dapat mengatasi panas badan tersebut.

Apakah kesan putus haid ini terhadap hubungan kelamin?
Setelah satu atau dua tahun seseorang wanita putus haid, ia mula mengalami masalah kekeringan pada saluran faraj. Keadaan ini juga adalah berkaitan dengan kekurangan hormon estrogen. Akibat kekeringan saluran faraj ini, hubungan kelamin turut terjejas. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan dan luka pada saluran faraj yang kering, jika hubunga kelamin diteruskan. Akibatnya pendarahan akan berlaku selepas persetubuhan. Situasi begini akan menimbulkan berbagai reaksi seperti ketakutan dan kebimbangan.

Apakah kesan-kesan pada rahim, payudara dan kulit?
Saluran daripada saluran faraj menjadi kering, rahim juga mengalami perubahan yang mengakibatkan lapisan tisu mencerut dan akhirnya rahim menjadi kecil (atrophic ). Sesetengah wanita mengalami sedikit keluaran darah daripada kemaluannya beberapa tahun selepas putus haid. Keluaran darah haid selepas putus haid adalah satu tanda yang merbahaya dan perlu mendapat pemeriksaan doktor. Besar kemungkinan wanita ini mengalami kanser rahim kecuali setelah diperiksa oleh doktor pakar sakit puan dan keputusannya negatif.

Ketandusan hormon juga memberi kesan pada buah dada yang biasanya mengecut dan menjadi kecil serta kendur. Begitu juga perubahan pada kulit berlaku akibat dari kehilangan tisu-tisu elastik di bawah kulit dan kulit mula berkedut serta kendur. Setengah wanita mengalami ‘pigmentation’ atau tumbuh bintik-bintik hitam pada muka mereka. Keadaan ini menjejaskan kecantikan rupa paras mereka.

Penyakit darah tinggi, lemah-jantung dan ‘angin ahmar’ (stroke)
Sesetengah pakar berpendapat hormon wanita estrogen mempunyai kesan pelindung terhadap tubuh wanita iaitu ia melindungi seseorang wanita daripada penyakit ‘angin ahmar’, darah tinggi dan lemah jantung. Tanpa rawatan hormon ramai wanita yang telah putus haid selama lima tahun atau lebih mengidap darah tinggi dan lemah jantung atau diserang 'angin ahmar’ (stroke), berbanding dengan wanita yang belum putus haid.Wanita-wanita yang mengambil rawatan hormon estrogen terlindung dan jarang diserang oleh penyakit-penyakit tersebut.


Apakah kesan pada tulang dan sendi?
Selepas beberapa tahun putus haid, sesetengah wanita mengalami penyakit reput tulang (osteoporosis) iaitu tulangnya mudah patah khususnya jika ia jatuh atau mengalami lain-lain kemalangan. Ini juga disebabkan oleh perubahan yang berlaku di tulang-tulang akibat kemerosotan paras hormon estrogen. Tulang-tulang kian menjadi lemah akibat logam kalsium yang berkurangan menyebabkan tulang tersebut menjadi retak. Hormon estrogen memainkan peranan dalam pembinaan dan keutuhan tulang wanita dengan memudahkan penyerapan logam kalsium dari makanan yang dihadam dalam usus. Oleh itu ketiadaan hormon ini akan menimbulkan reput masalah tulang. Sesetengah wanita mengalami kesakitan dan kelenguhan pada sendi-sendi akibat dari kesan reput tulang , ‘cartilage’ yang semakin nipis, dan cecair pelincir yang berkurangan. Ini juga ada kaitan dengan ketandusan hormon estrogen.

Adakah semua wanita akan mengalami masalah putus haid ini?
Tidak semua wanita yang mencapai keperingkat putus haid mengalami masalah yang saya nyatakan tadi. Sebahagian besar wanita menempuhi peringkat ini dengan tabah tanpa gangguan. Keadaan ini mungkin ada kaitan dengan caragaya hidup, taraf sosio-ekonomi dan pendidikan wanita. Di kalangan masyarakat luar bandar jarang sekali kita mendengar wanita yang mengeluh-kesah akibat putus haid.Wanita dalam masyarakat moden khususnya mereka yang berpendidikan tinggi dan taraf ekonomi tinggi sering mengalami masalah putus haid. Ini mungkin ada kaitan dengan caragaya hidup yang penuh dengan berbagai cabaran dan tekanan dan tabiat makan yang sangat berbeda dengan wanita luar bandar.

Kaedah-kaedah rawatan
1. Bagi mengatasi masalah jiwa dan emosi yang berkaitan dengan putus haid, sokongan dari orang yang rapat dengannya seperti suami, anak-anak, sadara-mara dan rakan adalah penting. Suami perlu memahami perubahan akibat putus haid dan memberi bantuan dengan nasihat dan kata-kata yang menaikkan semangat dan keyakinan diri wanita tersebut. Jika masalah yang dialami itu teruk, perlulah ia mendapat nasihat daripada kaunselor atau doktor. Kebanyakan daripada masalah-masalah tersebut hanyalah sementara dan akan lenyap dengan sendirinya.


2. Rawatan khusus bagi wanita yang putus haid ialah dengan memberi ubat hormon estrogen secara terus-menerus. Hormon estrogen boleh didapati dalam berbagai bentuk; Pil yang dimakan; ‘implant’ yang disuntikkan beberapa bulan sekali; Krim yang disapu dan lain-lain. Pil hormon ini mengandungi estrogen dan perlu dimakan setiap hari untuk beberapa tahun. Tujuan memberi ubat pil ini ialah untuk mengatasi masalah kemerosotan hormon yang biasanya dikeluarkan oleh ovari. Terdapat dua jenis pakej rawatan hormon estrogen;


a) Yang mengandungi oestrogen sahaja.
b) Yang mengadungi oestrogen dan progesterone dan jenis ini menyebabkan haid keluar balik setiap bulan. Setiap wanita yang memakan pil hormon mestilah diawasi oleh doktor pakar sakit puan. Pemeriksaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Ujian ‘Pap smear’ untuk mengesan kanser pangkal rahim dan pemeriksaan payudara untuk mengesan kanser dilakukan setahun sekali.





3. Pemakanan yang seimbang dan tidak berlebihan dalam karbohidrat seperti gula, nasi, mee coklat, kuih- muih, ais krim dan lain-lain.
4. Kawal timbang berat mengikut carta ‘ukuran tinggi-berat badan’.

5. Lakukan riadah yang sesuai dengan perbadi masing-masing setiap hari.
6. Amalkan ibadah dan suruhan Allah s.w.t. dengan tekun. Solat , puasa, zikir dan membac Al-Quran telah dibuktikan boleh memberi ketenangan dan ketenteraman fikiran.

7. Makan vitamin-vitamin tambahan seperti vitamin B Kompleks, Vit. C - 200mg , Vit E - 400 IU, Kalsium - 600 moga setiap hari.

8. Didapati memakan Aspirin - 100 moga setiap hari mungkin memberi banyak faedah kesihatan tetapi jika anda memakan ubat sakit jantung atau lain-lain ubat khusus anda dinasihatkan untuk bertanya dengan seorang pakar terlebih dahulu sama ada aspirin itu boleh dimakan bersama.





copy from www.hamidarshat.com



Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.067238 saat. Lajunya....