| Oleh |
Bangga tak akhawat2 semua jadi org M |
|
Helwi
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 1340
Posting: 44
Dari: Bumi Anbiya'
|
Posting pada: 05-06-03 19:34
Assalamualaikum.....
Dah jd tabiat manusia ,apa yg ada dia tak syukuri,yg takde tulah yg sibuk dia kejar...Mcm tu jugak ngan org m'sia yg sibuk2 nak jd org putih,habis rambut diwarnakan,mata warna biru & kalau bab pakaian pulak,kalahkan org Putih lg.....
Dulu ,ana tak kisah sgt psl nie,tapi,bila dah mula b'campur ngan b'bagai2 bangsa nie ,mulalah terasa untung jugak jd org M'sia nie..Sbbnya org kat sini kebanyakkannya sanjung org M'sia sbb kita ada nilai kesopanan yg tinggi,bersih,kemas & tenang& lain2.
Ada jugak org kata yg org M'sia nie kreatif & berseni sbb dlm b'zikir pun kita boleh b'nasyid.Walaupun bg kita itu perkara remeh,tapi,ada org yg pandang tinggi dlm bab2 camni.
Bukan nak masuk bakul ,angkat sendiri,tapi,itulah yg org cakapkan pasal kita..
Ada sorang sahabat ana dr Russia yg teringin sgt nak jadi org M'sia.Dia untung betul org yg lahir kat M'sia nie sbb rg M'sia ada kecantinkan yg tersendiri & Yg bestnya lg,kita kat M'sia nie hampir segala2nya diajar dgn nasyid.Dr Asmaul Husna,Surah2 Quran,Sifat2 Allah,nama2 nabi & lain2 lg.
Pernah s'kali ana pergi ziarah satu masjid kat Iran tu,tak tahu pulak yg tak boleh bawak kamera masuk masjid.cuak jugak kalau kena rampas kamera,tapi,bila diorang tahu yg kitorang nie dr M'sia,takde masalah pun,terus dia kasi masuk,rasa cam VIP le pulak.  Camtu sekali ,org sanjung kita,tapi ada jugak org yg tak b'syukur bila jd org M'sia nie,pelik kan??
Dlm hakikat mmglah ,tak semua org kita yg baik2,ada jugak dikalangan kita yg perompak ,pembunuh,penipu cam bangsa2 lain jugak....Mcm tulah jugak ana balas bila org angkat2 sgt org M'sia nie.Tapi,diorang akan balas,itu normallah sbb dlm tiap2 masyarakat mesti ada yg baik & yg jahat.
So,cuba akhawat2 semua pikir2kan,bangga tak akhawat dilahirkan sbg org M'sia ataupun ada org yg malu sbb jadi org M'sia?????????Berlakulah jujur dgn diri sendiri!!!!!!!!!
|
|
nur_islami
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 11.05.2003 Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 06-06-03 01:38
assalamualaikum...
bagi ana, ana bangga dilahirkan seb org islam....dan lebih bangga lg kalau dpt mati dlm islam......insyaAllah.....
tp bangga gak jadi rakyat m'sia nih...... ----------------- tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr
|
|
nilamSarah
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 27.04.2003 Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya
|
Posting pada: 06-06-03 17:01
mesti lah...  i'm malaysian!! -----------------
|
|
mardhiah12
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 568
Posting: 197
|
Posting pada: 09-06-03 14:49
assalamu`alaikum
kita terlupa dgn nikmat yg tuhan kurniakan..kerana kita belum pernah merasa menjadi minoriti dan hidup di negara asing lain
-bersyukur dilahirkan Islam & moga dikembalikan kepada-Nya dlm keadaan Islam-
|
|
baiduri_aiman
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 05.05.2003 Ahli No: 979
Posting: 116
Dari: yan,kedah
|
Posting pada: 29-07-03 00:40
syukur alhamdulillah,dilahirkan sbg islam dan dibesarkan dlm negara yg aman damai..tapi tu la,mcm kata sahabiah sumer,sedih klau tgk org melayu hari ni,terutamanya yg perempuan tu.mmg dah jadi terlebih omputeh drpd omputeh sendiri..kononnya trend.isk isk...minta2lah mereka ni sedar dan bertaubat..nauzubillah...
|
|
halesolurun_84
{ SRIKANDI } Menyertai: 13.10.2008 Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa
|
Posting pada: 25-05-09 15:54
 tak ada lah bangga mendabik dada.. tapi bersyukur sebab masih diberi nikmat hidup yang tak putus-putus.. alangkah beruntungnya aku di bumi malaysia.. -----------------
|
|
nawwal
{ SRIKANDI } Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 7
Posting: 121
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 25-05-09 16:47
Ye, saya bangga menjadi warga MALAYSIA Sebab orang Malaysia ni biasanya (biasanya) dikenali sebagai orang-orang yang bersopan-santun dan lemah-lembut..tak ganas hehe Sekadar berkongsi pendapat wassalam..
|
|
nurzatul
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.03.2008 Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta
|
Posting pada: 26-05-09 01:11
salamun alaik.. baguslah topik ini.. ana sebagai anak rantauan berbangga jadi rakyat malaysia terutama jika dibandingkn dengan kmajuan tempat yang ana duduki sekarang.. banyak yang boleh dibanggakn jadi anak Malaysia.. cumanya yang ana malu jadi rkyat Malaysia ialah budi bahasa yang sangat kurang terhadap sesama kita..kalau sesama tourist pandai pula nak berbudi bahasa..hipokrit... maafla kalau ana cakap begini.. kalau di indonesia ini tak kira anda adalah org tempatan or tourist memang mereka bersopan sntun dan berbudi bahasa.. yang paling ana geram dengan kakitangan imigresen Malaysia.. dengan org Malaysia sendiri tarik muka 14 dan layan kasar.. kalau di imigresen indonesia mereka layan baik-baik walopun kita ada masalah dengan visa or apa-apa.. memang terasa sangat perbezaan di indonesia dan Malaysia dari segi budi bahasa.. cuba anti bayangkan..kalau di indonesia ini kalau kita p bank,pak guard dia siap tolong bkakn dan tutupkn pintu kereta lagi.. kat Malaysia ada ke?dan macam-macam lagi..kadang-kadang ana jadi malu juga jadi org Malaysia sebab terlalu mju sampai xpndai nak berbudi bahasa sesama sendiri.. wallahuallam..  [ Telah diedit oleh: nurzatul pada 26-05-09 01:13 ]
|
|
naswafa
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 22.05.2009 Ahli No: 10600
Posting: 49
|
Posting pada: 26-05-09 15:07
Bangga jadi rakyat malaysia...tapi makin rimas bila banyak sangat pendatang..macam-macam bangsa..macam-macam gaya...kalau tak di kawal lama-lama rakyat malaysia dah bercampur aduk dengan kaum pendatang sama ada secara sah atau tidak..
|
|
Yoyoy
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 23.07.2009 Ahli No: 11000
Posting: 53
Dari: www.yoyoyspa.com
|
Posting pada: 07-01-10 18:45
Alhamdulillah lahir sebagai org Melayu Islam. Orang Melayu kaya dengan budaya dan ilmu pengetahuan yang tersendiri. Bangsa MelayuBangsa ini ditakluk dan dinaungi oleh pelbagai bangsa yang lebih gagah dari mereka.Saya tidak mahu menyentuh era purba tetapi cukuplah semasa bangsa ini memilih Kepulauan Melayu dan Asia Tenggara sebagai 'rumah' mereka yang kekal.Bangsa ini lebih kuat dari bangsa hebat dalam sejarah seperti Assyria,Media atau Babylon kerana tetap bertahan dalam pelbagai peperangan dan pengaruh sama ada dari Tamadun India (Raja Chola sekadar menyebutkan satu contoh),Empirium Cina,Emperialis Eropah yang bersilih ganti sehinggalah penjajahan budaya oleh Yahudi-Amerika.Bangsa ini tidak pupus sepenuhnya budaya dan ciri bangsa seperti mana bangsa-bangsa pribumi lain yang dijajah seperti bangsa Qibti,Assyria,Parsi yang dijajah oleh Arab atau pun bangsa Hawaii,pribumi Australia,pribumi Meso-Amerika (Aztek,Maya,Toltek) serta bangsa Filipina yang dijajah Sepanyol.India jika tidak kerana ia pusat agama Hindu dan Buddha serta memiliki penduduk yang ramai sudah tentu sudah terhapus. Sesungguhnya bangsa Melayu telah lama menganut agama Buddha lama sebelum bangsa Cina mengenal siapakah Amitabha dan Avalokitesvara lagi.Malah ramai bikkhu dan rahib Buddha Cina belajar dari pendita-pendita Melayu berkenaan agama Buddha dan rahsia Lapan Jalan Utama di universiti-universiti Buddha seluruh Nusantara terutamanya di ketika era gemilang Srivijaya.Hindu?Anda silap jika mengatakan bangsa ini tidak mengenal Brahma dan Siva.Bangsa ini lebih faham hakikat Samadhi dan Karma dari sesetengah orang India.Lihat sahaja candi-candi di Tanah Jawa. Beribu tahun bangsa ini menganut agama Hindu dan mengetahui rahsia tahap tinggi Yoga sebelum orang-orang Barat baru terpisat-pisat hendak mempelajari kaedah pernafasan asas dalam Yoga dan berbangga-bangga pula walaupun sekadar menahan nafas terutamanya golongan New Age.Tetapi setelah bertemu dengan kebenaran Islam,bangsa ini berhenti di sini setelah mengalami pengembaraan mistik mencari hakikat spiritual yang sebenar yang berusia beribu-ribu tahun.Tidak ada lagi pencarian mistik yang lain setelah menemui cahaya Islam.Bangsa Melayu adalah bangsa terakhir yang memeluk Islam secara beramai-ramai. -----------------
|
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 11-01-10 20:18
bila membandingkan diri ini dengan saudara mara yang masih berada disingapura........ sesungguhnya saya amat bersyukur lahir dengan IC lambang malaysia  -----------------
|
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 13-01-10 07:47
kalau bab kemajuan memang akak bangga jadi rakyat malaysia. tapi kalau bab sosial akak kurang sikitlah.Kenapa???hehehe tengok dan fikir sendiri.
|
|
SatuPerjuangan2009
WARGA RASMI Menyertai: 24.12.2009 Ahli No: 11743
Posting: 3
|
Posting pada: 15-01-10 19:51
Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam persaudaraan, salam persahabatan, Salam sejahtera kepada muslimah sekalian, Pada pendapat saya, kita mesti berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana, Malaysia adalah majoriti daripada rakyatnya beragama Islam dan kita sebagai umat Islam boleh mengamalkan ajaran agama Islam tanpa ketidakpuashatian dan campur tangan orang bukan Islam yang ingin menindas. Jadi kena banyak berdu'a kepada Allah supaya kita dilindungi-Nya serta bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala dengan ni'mat yang diberikan-Nya ini. Jadi saya ada satu persoalan yang hendak diutarakan kepada muslimah sekalian, pada pendapat saudara, apa yang patut kita lakukan sebagai usaha untuk mengawal masalah sosial dan gejala-gejala maksiat yang semakin berleluasa di Malaysia. Sekurang-kurangnya, dimana untuk bermula? Mungkin ulasan mengenai langkah-langkah yang telah pun diambil, atau mungkin cara-cara baru yang saudara ingin luahkan?
|
|
zeti
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 13.06.2009 Ahli No: 10753
Posting: 56
|
Posting pada: 24-01-10 17:13
salam semua saya amat bangga menjadi rakyat malaysia tercinta ini secara realiti kalau dilihat dengan mata kasar, malaysia sebuah negara yang amat tanpa ada sebarang masalah negara yang serius tetapi apa yang tersirat.ketenteraman di malaysia lah ni tergugat oleh beberapa isu yang amat sensitif yang muslimat semua sudah mengetahuinya diharap kita semua rakyat malaysia terutama para pemimpin segera mengambil langkah yang secepatnya bagi mengatasi kekeliruan ini sekadar pendapat
|